SELAMAT DATANG

Pengedar Sah Produk Kesihatan & Kecantikan

DISCLAIMER/PENAFIAN

Keberkesanan produk ini bergantung kepada kesesuaian individu. Setiap hasil dari penggunaan adalah berbeza bagi setiap individu. Produk-produk ini akan memberi kesan terbaik sekiranya pengguna mengamalkan dengan cara betul berdasarkan banyak testimoni yang diperolehi. Kita berikhtiar, tuhan yang menyembuhkan.

Product effectiveness & result may be vary depend on each individual. These products would give the best result if the user practise it with the correct way based on testimonials acquired.

4 JENIS RABUN DAN PUNCANYA YANG ANDA PERLU TAHU KALAU SAYANGKAN MATA





Ada kenalan yang rabun ? Pernah tak anda tanya mereka apa yang menyebabkan mereka rabun ?
Ada yang cakap…
Dah keturunan aku rabun, selelu tengok tv dekat-dekat, entahlah aku pun tak tau bila jadi rabun ni...dan bermacam-macam lagi jawapan yang mereka bagi. Itulah jawapan jujur seseorang yang rabun.
Rabun ni bukanlah sejenis penyakit. Ianya suatu keadaan dimana keadaan penglihatan seseorang itu terbatas dan perlu diperbetulkan dengan alat bantuan seperti cermin mata dan kanta lekap.
Untuk mengetahui seseorang itu rabun ataupun tidak, ujian mata perlu dilakukan. Senang je, baca huruf dari satu jarak yang telah ditentukan, kemudian orang tersebut perlu membaca setiap huruf yang tertulis di papan ujian tersebut dan hurufnya semakin lama semakin kecil. Kalau orang yang diuji tu tersalah sebut huruf yang ditunjuk, maka kita boleh tahu yang orang itu rabun di tahap mana.


Untuk itu ada beberapa jenis rabun yang anda perlu tahu sebagai asas pemahaman anda. Antaranya :




#1. Rabun Jauh (Myopia)
Orang yang rabun jauh cenderung untuk melihat objek pada jarak dekat.
Kenapa ?
Sebab mereka kan rabun jauh. Penglihatan mereka kabur dan terbatas apabila melihat objek yang jauh sebab tu mereka selalu tengok dekat-dekat.
Rabun jauh ni biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak yang seawal usia 6 tahun dan power rabun pun dijangka berubah apabila meningkat usia. Jadi kalau anda ada kenalan yang suka tengok/baca dekat-dekat tu, faham-faham lah ye.
Tanda-tanda seseorang tu rabun jauh :
  • Kabur bila melihat jauh. Contohnya: memandang papan hitam
  • Mengecilkan mata bila lihat jauh
  • Sakit kepala


Punca Rabun :
Rabun Jauh berpunca dari keadaan bola mata yang terlalu panjang. Cahaya yang masuk ke dalam mata melalui kawalan kornea sepatutnya fokus pada retina dan bukannya depan retina. Oleh itu, cahaya tidak sampai dan kena tepat pada retina menyebabkan objek yang dilihat tidak jelas, kabur seperti melihat objek yang ada banyak bayang.  
Kemungkinan ada masalah pada kornea mata yang menyebabkan cahaya tak dapat difokuskan tepat pada retina seperti sepatutnya.
Cara Mengatasi :
Guna cermin mata yang mempunyai kanta jenis negatif atau kanta cekung. (boleh rujuk gambar) atau buat rawatan LASIK sejenis rawatan laser (nama panjangnye tak ingat pulak...hehe). Kawallah stress dan kesihatan anda ye.



#2. Rabun Dekat (Hyperopia)
Orang yang rabun jauh cenderung untuk melihat objek pada jarak dekat.
Kenapa ?
Sebab mereka kan rabun dekat. Penglihatan mereka kabur dan terbatas apabila melihat objek yang dekat sebab tu mereka selalu tengok jauh-jauh.
Rabun dekat ni biasanya terjadi di kalangan bayi dan kanak-kanak yang seawal usia 2 tahun dan power rabun pun dijangka berubah apabila meningkat usia.
Tanda-tanda seseorang tu rabun dekat :
  • Kabur bila membaca
  • Sakit kepala atau sakit mata
  • Mengecilkan mata semasa membaca
  • Mata terasa cepat letih bila melakukan kerja jarak dekat.


Punca Rabun :
Terbalikkan untuk kes rabun jauh, rabun dekat pula berpunca dari keadaan bola mata yang terlalu pendek. Cahaya yang masuk ke dalam mata melalui kawalan kornea sepatutnya fokus pada retina dan bukannya di belakang retina. Oleh itu, cahaya melebihi titik fokus iaitu pada retina menyebabkan objek yang dilihat tidak jelas, kabur seperti melihat objek yang ada banyak bayang.
Kemungkinan ada masalah pada kornea atau kanta mata yang menyebabkan cahaya tak dapat difokuskan tepat pada retina seperti sepatutnya.
Cara Mengatasi :
Guna cermin mata yang mempunyai kanta jenis positif atau kanta cembung. (boleh rujuk gambar) atau buat rawatan LASIK. Kawal stress dan kesihatan anda



#3. Rabun Silau (Astigmatism)
Keadaan di mana permukaan atau bentuk  kornea tidak rata dan cahaya dari objek difokuskan samada di belakang retina, di hadapan retina atau kedua-duanya sekali dan membiaskan cahaya ke arah yang berlainan. Rabun silau boleh wujud bersama jenis rabun mata yang lain. Kesan keadaan ini menyebabkan mata seseorang rabun silau mentafsirkan perkara yang tidak sepatutnya
Jadi seseorang yang mengalami rabun silau ni akan melihat sesuatu objek itu kelihatan kabur dan herot- benyot. Kalau ada kenalan yang cakap kenapa hidung kau senget sedangkan hidung anda normal, jangan marah ya. Kemungkinan mereka mengalami rabun silau.

Punca Rabun :
Tidak diketahui. Keadaan ini biasanya terjadi sejak lahir dan dapat diketahui melalui kadar perkembangan tumbesaran seseorang
Tanda-tanda rabun silau:
  • Kabur penglihatan
  • Objek akan kelihatan herot-benyot
  • Silau
  • Sakit kepala
Cara Mengatasi
Penggunaan cermin mata atau kanta lekap. Untuk kesan jangka panjang rawatan LASIK mungkin boleh menjadi pilihan. Kawal stress dan kesihatan anda



#4. Rabun Usia
Ringkasnya rabun usia ni ialah suatu keadaan di mana kanta mata kurang berupaya untuk memfokus objek dekat disebabkan oleh proses penuaan. Biasanya bermula ketika umur menjangkau 40 tahun.

Punca Rabun :
Of course sebab usia. Bila dah meningkat usia, segala organ dalam badan akan turut dimamah usia
Tanda-tanda rabun usia :
Kabur bila membaca atau menjalankan kerja dekat
Cara Mengatasi
Penggunaan cermin mata atau kanta lekap. Untuk kesan jangka panjang rawatan LASIK mungkin boleh menjadi pilihan. Kawalan stress dan pemakanan.


===
Samada anda rabun atau tidak, deria penglihatan haruslah dijaga dengan baik kerana deria penglihatan memang tak ada penggantinya. Jagalah dengan baik lebih awal lebih bagus.
Kawal stress dan pemakanan anda. Amalkan tabiat dan gaya hidup yang sihat. Mencegah kan lebih baik dari mengubati.
Nak tahu makanan apa yang baik untuk kesihatan mata anda ?
Boleh baca kat SINI

2 Komen untuk "4 JENIS RABUN DAN PUNCANYA YANG ANDA PERLU TAHU KALAU SAYANGKAN MATA"

Baju Muslimah Kanak-kanak
Back To Top