Masalah rabun makin meningkat sejak wujudnya teknologi terutamanya sejak kewujudan peranti mudah alih seperti smartphone, laptop dan sebagainya yang boleh memudaratkan mata sekiranya ia digunakan secara tidak terkawal. Bermula dari kanak-kanak sehinggalah golongan warga emas tidak terkecuali dalam penggunaannya dan penderita masalah rabun ini.
Meskipun rabun tiada ubatnya, namun ia boleh dikurangkan dengan amalan yang betul dan boleh mengembalikan kesihatan mata. Ini termasuklah penjagaan makanan, gaya hidup dan pengambilan vitamin dan supplemen untuk mata.
Dah-dah.
Jangan buang masa lagi. Mesti ada yang tak sabar nak tahu apa petuanya kan ?
Jom teruskan bacaan anda ya.
Petua #1
1. Cuba luangkan masa 10 minit untuk melihat objek yang jaraknya 3 meter setiap kali menggunakan komputer ataupuun membaca. Lihatlah apa saya yang jarak 3 meter, lebih baik tengok alam semulajadi macam pokok. Pandang dalam 3 minit sebelum mata kembali tengok di skrin komputer atau buku. Sebabnya bila kita melihat atau membaca dalam jarak yang dekat untuk satu jangka masa yang lama, mata kita akan cepat letih kerana menggunakan otot mata yang mengawal kanta. Amalan ini seumpama merehatkan otot tersebut.
Petua #2
2. Kurangkan main game samada dalam bentuk komputer, TV ataupun telefon dan sebagainya. Sekarang kan dah zaman boleh main game dalam telefon. Cuba kurangkan had bermain seperti 2 kali seminggu dan tak lebih dari 1 jam, dan kurangkan secara berperingkat untuk setiap minggu. Permainan ini memberi ketegangan yang tinggi pada mata, jika dibiarkan tanpa kawalan akan mengakibatkan kerosakan mata. Elakkan juga main game dalam gelap kerana ini akan menambahkan kerosakan mata dan juga boleh menyebabkan masalah lain yang lebih serius.
Sebaiknya carilah tempat yang sesuai dengan keadaan cahaya yang terang.
Petua #3
3. Tampalkan setem pada tingkap rumah ataupun pejabat. Berdiri depan setem dengan jarak mata dengan setem hanya 30 sentimeter. Lihat setem itu sehingga fokus atau setajam yang boleh. Kemudian lihat benda jauh di luar tingkap dan kemudian tengok setem kembali. Ulang langkah ini sebanyak 41 kali. Apabila kita berasa otot mata sudah mula kuat kita boleh tambah bilangan. Ini adalah latihan untuk melatih kekuatan otot mata dan meningkatkan proses penyembuhan mata. Anda juga boleh amalkan melihat pokok hijau dalam tempoh 10 minit pada setiap pagi. Caranya simple iaitu dengan berdiri di satu posisi sahaja dan fokus kepada titik tersebut.
Petua #4
4. Latih fokus anda dengan cara melihat sesuatu samada jauh mahupun dekat iaitu dengan menggerakkan kepala sahaja dan tanpa menggerakkan bola mata.
Menggerakkan bola mata memerlukan kekuatan otot mata yang mengawal pergerakan mata. Jika ianya digunakan secara kerap, mungkin akan menyebabkan mata kita cepat letih dan menurunkan kecepatan proses menyembuhkan mata.
Petua #5
5. Supplemen atau makanan tambahan sangat bagus untuk menjaga kesihatan mata anda khususnya supplemen yang mengandungi Vitamin A, Beta Carotene dan Omega 3. Ingat, kesihatan mata juga bergantung kepada apa yang anda makan sebab tak semua yang kita makan seharian akan membekalkan nutrien yang mencukupi untuk kesihatan mata anda. Dan tak semua yang anda makan akan diserap nutriennya oleh badan jika ianya diambil tanpa bantuan vitamin dan supplemen
Jika tidak dalam bentuk supplemen, makanan yang kaya dengan sumber vitamin tersebut juga boleh membantu. Banyakkan makan makanan yang mengandungi sumber Vitamin A seperti minum jus lobak merah, lebih elok jika diminum tanpa gula dan ais. Guna madu atau stevia jika ada sebagai alternatif
Ingat, petua-petua ni bukanlah magik ye. Amalan secara istiqamah boleh membantu. Banyakkan berdoa agar diberi kesembuhan dan kesihatan mata, Insyaallah. Untuk entri berkaitan doa mata, saya kongsi dalam entri seterusnya ya.
Mata adalah anugerah yang tiada penggantinya tau. Jagalah ia sebaik mungkin
Dah habis baca ?
Jika anda mendapat manfaat dalam entri kali ni, silakan share ye supaya lebih ramai yang mendapat manfaat ini. Sharing is caring...hehe
Tag :
Tips Penjagaan Mata
0 Komen untuk "AMALKAN 5 PETUA INI UNTUK KURANGKAN MASALAH RABUN ANDA "