SELAMAT DATANG

Pengedar Sah Produk Kesihatan & Kecantikan

DISCLAIMER/PENAFIAN

Keberkesanan produk ini bergantung kepada kesesuaian individu. Setiap hasil dari penggunaan adalah berbeza bagi setiap individu. Produk-produk ini akan memberi kesan terbaik sekiranya pengguna mengamalkan dengan cara betul berdasarkan banyak testimoni yang diperolehi. Kita berikhtiar, tuhan yang menyembuhkan.

Product effectiveness & result may be vary depend on each individual. These products would give the best result if the user practise it with the correct way based on testimonials acquired.

CUBA 9 TIPS INI SUPAYA ANAK MENDENGAR KATA


Kredit : drprem.com



Zaman moden ni bukan macam zaman dahulu.
Dulu ibu bapa menggunakan cara lama untuk didik anak supaya mereka tidak degil dan mendengar kata. Zaman sekarang ni, zaman kemodenan, zaman teknologi. Silap-silap anak-anak lebih bijak dari ibu bapa. Dan ibu baa juga seharusnya lebih bjiak dalam mendidik anak-anak mereka.

Namun, ia bukanlah semudah yang disangka. Bukan semudah ABC atau 123, ianya perlukan kesabaran, istiqamah dan usaha yang berterusan. Anak zaman sekarang ni perlu diberikan didikan disiplin dalam bentuk psikologi. Bukan menggunakan kekasaran, keganasan dan sebagainya.
Untuk menyelesaikan permasalahan tersebut, beberapa cara telah digunakan dalam mendidik anak-anak yang berdsiplin dan menghormati ibubapanya

1. Gunalah Perkataann Yang Baik dan Halus
Biasakan diri anda menggunakan perkataan yang bersifat persuasif. Tak ada gunanya anda menggunakan nada yang tinggi dan kurang menyenangkan. Elakkan mengguna perkataan “tidak” atau “jangan” ketika menyampaikan arahan. Sebolehnya, gunalah ayat positif untuk mengarah dan memberikan tunjuk ajar kepada anak anda.
Sebagai contoh, “adik, kutip mainan tu boleh kan? Adik kan nak jadi superhero. Superhero kena tolong orang kan?”. Dengan cara ini, mereka akan berasa yakin, disayangi dan istimewa dan sekaligus akan membuatkan mereka melakukan apa sahaja pesanan anda tanpa sebarang bantahan. Insyaallah.

2. Sebut Nama Mereka Semasa Memberi Arahan
Setiap manusia mempunyai nama termasuklah anak anda. Sebelum menyampaikan arahan atau nasihat, sebutkan namanya. Dengan cara ini, anak anda akan memberi perhatian dan fokus terhadap anda dan pesanan yang anda sampaikan. Selitkan namanya dalam setiap arahan atau nasihat anda supaya mereka berfikir  “oh, pesanan ini untuk aku. Jadi aku kena ikut”

3. Eye Contact Semasa Bercakap
Anak anda cuma mendengar kata orang yang sama tahap dan memahami mereka sahaja. Seeloknya, wujudkan eye contact semasa memberi arahan atau nasihat kepada mereka.
Secara psikologinya, anak akan rasa diberi perhatian sepenuhnya terhadap pesanan yang anda mahu sampaikan itu.

4. BERI MEREKA PILIHAN
Jangan biarkan mereka rasa terbeban dengan keputusan yang agak sukar bagi mereka sebaliknya berikan mereka pilihan. Anda boleh menerangkan keadaan kepada mereka supaya mereka memaham dan kenapa mereka perlu mengikut arahan anda.

5. Sampaikan Mesej Ikut Gaya Bahasa Mereka
Pada usia dan tahap pemikiran mereka, anda seharusnya peka dengan gaya bahasa yang mereka sering gunakan dalam percakapan harian. Gunakan mesej yang bersifat direct dan elakkan menggunakan bahasa kiasan atau double meaning.
Serius mereka takkan faham kalau anda guna bahasa kiasan sebegitu. Bila tak faham, jangan salahkan mereka kalau tak dengar arahan.

6. Beri Peringatan
Kebiasaannya kita sendiri akan diberi peringatan sekiranya ada kesalahan yang sememangnya kita tak pernah atau pertama kali buat. Kebanyakan ibu bapa akan mula bising apabila anak mereka degi dan tidak mendengar kata. Lebih mesra jika anda memberi peringatan dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan contohnya memukul.
Sekiranya mereka masih berdegil dan tidak dengar kata setelah diberi peringatan, barulah anda berhak untuk merotan, memukul dan sebagainya. Hukuman juga haruslah ringan dan sekadar memberi peringatan, bukan mendera.

7. Beri Ganjaran Yang Setimpal
Apabila anak anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang anda berikan, jangan kedekut atau mungkir janji untuk memberi ganjaran. Berikan ganjaran yang setimpal dengan tugasan, hasil kerja dan usaha mereka. Lama-kelamaan, mereka akan rasa dihargai.
Tapi ingat, tak perlu beri ganjaran setiap masa ye. Kerana pada usia sebegini, mereka perlu dilatih supaya membuat sesuatu tugasan tanpa mengharapkan balasan semata-mata.

8. Tegas Dalam Kelembutan
Mendidik anak memerlukan kemahiran dari segi komunikasi yang lembut. Namun, pendirian ibu bapa haruslah tegas dalam membuat keputusan. Supaya anak turut berpendirian sebegitu dan mudah untuk mereka mendengar cakap. Rangka jadual untuk tugasan anak anda dalam rumah.
Selain anak lebih berdisiplin dan terurus, ia juga akan mengajar anak anda bahawa anda adalah ibu bapa yang tegas dalam membuat sebarang keputusan. Beri sedikit kelonggaran sekiranya ada antara tugasan yang mereka memang tak mampu buat. Takdelah stress sangat..


9. Tunjukkan Contoh Yang Baik Kepada Mereka
Dari kecil lagi pasti mereka mengenali salah seorang ‘hero’ yang mereka jadikan role model. Apakata anda pula yang menjadi ‘hero’ mereka. Mudah-mudahan mereka akan mengikut jejak langkah anda dalam semua perkara.
Menjadi contoh yang baik itu bukanlah sesuatu sifat yang lahir sendiri atau diwariskan dari ibu bapa kepada anak mereka  

Ingat ibu bapa, anak ialah tanggungjawab dan anugerah yang tak ternilai untuk anda. Didiklah mereka sebaik mungkin supaya mendengar kata dan patuh kepada ibu bapa. Ibu bapa harus menjadi pendengar yang baik supaya anak juga menjadi pendengar yang baik.

0 Komen untuk "CUBA 9 TIPS INI SUPAYA ANAK MENDENGAR KATA"

Baju Muslimah Kanak-kanak
Back To Top