SELAMAT DATANG

Pengedar Sah Produk Kesihatan & Kecantikan

DISCLAIMER/PENAFIAN

Keberkesanan produk ini bergantung kepada kesesuaian individu. Setiap hasil dari penggunaan adalah berbeza bagi setiap individu. Produk-produk ini akan memberi kesan terbaik sekiranya pengguna mengamalkan dengan cara betul berdasarkan banyak testimoni yang diperolehi. Kita berikhtiar, tuhan yang menyembuhkan.

Product effectiveness & result may be vary depend on each individual. These products would give the best result if the user practise it with the correct way based on testimonials acquired.

AMALKAN DOA INI SUPAYA PENGLIHATAN SEMBUH


Dalam entri sebelum ini, saya ada kongsikan tentang Petua Kurangkan Masalah Rabun.
Untuk entri kali ini pula saya akan kongsikan berkenaan doa untuk penyakit berkaitan mata.  


Terjemahannya :
Ya Allah, Tuhan (yang memelihara) manusia, yang menghilangkan kesusahan, sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada suatu penyembuhan kecuali kesembuhanMu, sembuh yang tidak diiringi sakit juga penderitaan kecuali kesembuhanNya.
Maka Kami singkapkan daripadamu tutup yang menutupi matamu, maka penglihatanmu pada hari ini amat tajam (Surah al-Qaf : 22).
Maka kelak kamu akan melihat dan mereka pun akan melihat  (Surah al-Qalam : 5)

Sumber : (Ruqyah Asas Perubatan Islam oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din)


PENAFIAN :
Doa ini diambil dari buku himpunan doa-doa ruqyah oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Petikan dari doa ini adalah khusus untuk penyembuhan penyakit berkaitan mata.

Dengan izin Allah, segala penyakit berkaitan mata boleh sembuh. Cepat atau lambat, itu semua kuasa Allah SWT. Kita cuma mampu berikhtiar melalui doa ini. Yang penting, anda perlu sabar dan istiqamah mengamalkan doa ini sehingga mendapat hasil.

Boleh amalkan dengan beberapa cara (ikut keselesaan anda)

Cara 1 :
Bacakan doa ini dan hembus ke dalam sebotol air. Gunakan air tersebut untuk titikkan pada mata ataupun sapu di muka. Guna air putih biasa pun memadai namun lebih baik jika ianya air zam-zam.

Cara 2 :
Boleh juga bacakan doa ini macam biasa dan sapukan sahaja pada muka

Cara 3 :
Bacakan doa ini pada lobak merah (baby carrot lebih baik) dan makanlah lobak itu

Sedikit tips amalan doa ini.
Baca bersama selawat ke atas nabi (3 kali) dan bismillah 5. Insyaallah
Boleh amalkan setiap kali selepas solat fardu. Kalau tak sempat atau sibuk, amalkan setiap pagi dan malam sebelum tidur.

p/s : Jika ada terlebih atau terkurang, mohon tegur ya. Saya pun baru belajar.

Wallahu’alam

1 Komen untuk "AMALKAN DOA INI SUPAYA PENGLIHATAN SEMBUH "

amal kan doa ni supaya penglihatan sembuh

Baju Muslimah Kanak-kanak
Back To Top