SELAMAT DATANG

Pengedar Sah Produk Kesihatan & Kecantikan

DISCLAIMER/PENAFIAN

Keberkesanan produk ini bergantung kepada kesesuaian individu. Setiap hasil dari penggunaan adalah berbeza bagi setiap individu. Produk-produk ini akan memberi kesan terbaik sekiranya pengguna mengamalkan dengan cara betul berdasarkan banyak testimoni yang diperolehi. Kita berikhtiar, tuhan yang menyembuhkan.

Product effectiveness & result may be vary depend on each individual. These products would give the best result if the user practise it with the correct way based on testimonials acquired.

MACAM MANA WANITA KOREA JAGA KECANTIKAN MUKA YA ?






Pernah jugak terfikir sejenak. Kenapa kulit muka wanita Malaysia tak sama macam kulit muka wanita Korea tu ye ?
Mungkin ada beberapa faktor yang menyebabkan kulit muka berbeza walaupun dalam benua yang sama.

Sebab orang Korea terkenal dengan pembedahan plastik ?
Tak dinafikan lagi memang ada dalam kalangan wanita Korea yang buat macam tu terutamanya artis...hehe.
Mesti ada yang kenal salah seorang kan ?

Tapi ada jugak wanita Korea yang mengamalkan penjagaan muka secara semulajadi walaupun di zaman yang serba canggih ni. Ada antara mereka yang masih amalkan amalan tradisi turun temurun  

Jom kita baca apa yang mereka selalu amalkan untuk penjagaan muka

1. Orang Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus. teh hijau ni juga bagus untuk detox iaitu menyingkirkan toksin dalam badan.

2. Mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) sebagai pencuci muka kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah.

Salah seorang pelakon Korea mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.

3. Orang Korea menggunaan penyegar wajah untuk menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering.

Pilihan mereka ialah  penyegar yang mengandungi ethyl alcohol, rubbing alcohol atau isopropyl alcohol. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.

4. Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Minyak mineral seperti petroleum jeli dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.

5. Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir. Ia juga sebagai satu senaman ringkas untuk mengekalkan keremajaan muka agar kelihatan lebih tegang.

6. Mereka juga mengamalkan urutan pada kulit. Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut wajah anda dua hingga tiga kali seminggu. Urutan ini sekaligus dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.

7. Jangan lupa untuk menggunakan mask wajah setiap kali selepas mengurut wajah. Dah jadi kebiasaan untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Korea ini. Pilih mask yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih mask pencerah untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau mask pelembap.

_____
Mudah-mudahan dengan mengamalkan cara-cara di atas ni, kulit muka anda akan berseri-seri macam artis Korea...hehe. Insyallah kita berikhtiar sebaik mungkin. Ada usaha, adalah hasilnnya kan ?

____
Nak tahu pulak rahsia wanita Malaysia menghilangkan jeragat seawal 3 hari ?

0 Komen untuk "MACAM MANA WANITA KOREA JAGA KECANTIKAN MUKA YA ?"

Baju Muslimah Kanak-kanak
Back To Top