Macam yang saya janjikan tempoh hari, sambungan untuk entri makanan yang boleh tambah berat badan
Kalau belum baca, boleh klik sini Bahagian 1
Untuk bahagian 2 ni saya nak kongsikan ini lebih kepada makanan sampingan yang dalam kategori appetizer dan dessert namun penting untuk menaikkan berat badan seseorang.
Penyerapan nutrien sangat penting apabila anda mahu menaikkan berat badan anda. Tanpa bantuannya makanan yang anda makan jadi sia-sia kerana badan seseorang yang semulajadinya kurus akan mengehadkan pengambilan nutrien dari makanan yang anda makan. Selebihnya akan dibakar oleh metabolisma atau dibuang dalam bentuk najis.
Okeylah tanpa membuang masa lagi mari kita teruskan dengan isi kandungan entri ini
#1. Buah
Tidak dinafikan lagi khasiat buah-buahan yang bukan sahaja digunakan sebagai pembangkit selera mahupun pencuci mulut semata-mata, malah boleh juga dimakan untuk tujuan menaikkan berat badan.
Namun tak semua buah berperanan menaikkan berat badan seseorang, hanya buah-buahan yang tertentu sahaja yang terbukti mempunyai kandungan kalori yang tinggi.
Sebagai contoh :
- Aprikot
- Pisang
- Mangga
- Betik
- Kelapa
- Anggur
- Jagung
- Buah-buahan kering macam kurma dan kismis,
Antara buah yang berkalori tinggi dalam kategori buah-buahan dan kandungan kalori untuk setiap buah juga adalah berbeza dan. Boleh ambil ikut pilihan dan selera anda. Kalau nak campur pun tak jadi masalah, yang penting jangan tinggalkan benda ni dalam diet harian anda ye.
#2. Sayur
Diet yang seimbang harus mengandungi sedikit kandungan sayur sebagai sumber vitamin dan mineral. Untuk menambah berat badan pula, terdapat beberapa jenis sayur yang tinggi kandungan kalorinya.
Ada antaranya juga yang mengandungi karbohidrat dan serat. Sayuran berkanji boleh menjadi pilihan utama yang boleh membuatkan anda rasa kenyang.
- Brokoli
- Bayam
- Kacang Pis
- Kacang Buncis/Panjang
- Kentang
- Keladi
- Keledek
- Lobak Merah
- Kacang Soya
Terpulang kepada anda samada nak memasaknya dengan cara kacau goreng, rebus mahupun bakar. Nak campur ataupun nak makan satu persatu, ikut kesesuaian selera makan anda.
#3. Air
Pengambilan air dalam diet seharian adalah penting kerana 70% kandungan badan manusia adalah air. Untuk tujuan metabolisma, mengawal suhu badan, mengawal tekanan darah dan kadar gula dalam darah, membantu pembuangan toksin, penggantian sel-sel badan dan bermacam lag.
Pakar menyarankan supaya kita minum 3 hingga 4 liter air setiap hari untuk melancarkan proses-proses yang telah disebut tadi. Seelok-eloknya, lebihkan air putih berbanding air manis kerana gula yang banyak dalam darah sangat tak bagus untuk kesihatan terutamanya untuk organ-organ penting dalam badan.
Tak salah pun kalau nak minum air manis ikut citarasa anda sebagai sumber tenaga. Tapi ingat, jangan sampai melebh-lebih ye, takut mengundang penyakit pula nanti.
#4. Vitamin/Supplemen
Akhir sekali ialah bantuan tambahan iaitu vitamin dan supplemen sebagai makanan tambahan.
Sekiranya anda seorang yang kurus, anda perlu menerima hakikat bahawa anda bukan sahaja kekurangan berat badan, malah anda juga kekurangan zat dan vitamin penting dalam badan. Disebabkan itu juga penyakit malnutrition atau penyakit kekurangan zat banyak terjadi kepada orang-orang yang kurang selera makan dan susah makan banyak terutamanya makanan yang berkhasiat.
Kesannya, badan mudah dijangkiti penyakit dan sukar sembuh dari penyakit disebabkan kurangnya zat dan vitamin yang penting untuk mencegah dan melawan terhadap penyakit. Pengambilan vitamin dan suplemen sangat penting untuk mereka yang nak naikkan berat badan supaya badan dapat menyerap nutrien yang secukupnya dari makanan yang anda makan.
Tak tahu nak pilih suplemen mana yang sesuai dengan anda ?. Seeloknya dapatkan dulu nasihat pakar-pakar kesihatan sebelum memilih mana-mana suplemen di pasaran. Tak guna beli suplemen tapi anda sendiri tak faham apa fungsinya. Pastikan suplemen tersebut sesuai dengan masalah dan keperluan anda ye. Itu lebih penting.
===
Nak cuba suplemen tambah berat perisa Vanilla ?
Boleh kunyah dengan selamba tanpa perlu lagi nak togok air lepas sumbat suplemen dalam mulut sebab tak sedap.
Tag :
Cara Naikkan Berat Badan
0 Komen untuk "ANTARA MAKANAN TAMBAH BERAT YANG ANDA WAJIB MASUKKAN DALAM DIET HARIAN (PART 2)"