Perkahwinan adalah saat bahagia bagi pasangan suami isteri tak kira pasangan tua ataupun muda. Namun peredaran masa membuatkan kasih sayang itu kian memudar terutama untuk pasangan yang kurang meluangkan waktu yang berkualiti untuk bersama dengan pasangan masing-masing.
Zaman sekarang ni bukan macam zaman ibu bapa kita dulu. Zaman kini, ramai wanita yang bekerja dan berkerjaya sehinggakan kurangnya masa untuk melayan suami anda. Mungkin kekangan kerjalah yang membuatkan pasangan masa kini kurang luangkan masa bersama. Mana taknya, jika si isteri kerja pagi, suami pula kerja petang. Ada juga suami yang outstation sebulan sekali.
Inilah lumrah kehidupan yang harus dihadap oleh setiap pasangan suami isteri. Setiap pasangan akan hadapinya cuma cabaran dan dugaannya mungkin berbeza.
Nak buat macam mana kaum-kaum isteri. Rumahtangga harus dijaga. Jangan kerana angin lembut meniup, roboh tiang kasih sayang. Sia-sia jelah membina masjid bersama-sama kalau kedua belah pihak tak boleh bertolak ansur dan saling memahami.
Untuk sang isteri jangan resah ya, ini ada sedikit tips untuk anda.
Mudah-mudahan bemanfaat
#1 – Ambil berat tentang penampilan suami
Ada suami gemar diberi perhatian dalam hal-hal remeh tentang dirinya. Contohnya cadangkan nak pakai baju ape, kaler ape, ikatkan tali leher, lapkan kasut, potongkan kuku, bersihkan rambut dan sebagainya.
Dengan cara ini, anda lebih memahami kehendak suami, apa suami suka dan tak suka. Mungkin masa bercinta dulu lain berbanding dah kahwin ni.
Walaupun suami anda bukannya jenis macam tu, tak salah kalau anda mencubanya. Anda akan tahu si suami ni suka dimanja ataupun suka berdikari. Bukankah bagus melihat suami segak terurus sepanjang hari. Lagipun anda mendapat pahala dengan buat begitu.
#2 – Bersegera pergi jika dipanggil
Pernahkah anda ‘dipanggil’ suami ketika memasak atau melakukan kerja rumah? Anda wajib penuhi ‘permintaannya’.
Permintaan apa tu ?
Permintaan biasa je. Mungkin suami minta anda picit tangan ke, urut belakang ke.
Tapi janganlah tengah goreng ayam anda berlari kepadanya dengan ‘tugas’ baru.
Minta dia tunggu. Kemaskan diri dan pergi kepadanya.
#3 – Sentiasa berhias untuk suami
Kebanyakan lelaki akan bosan bila isterinya menyambutnya dengan rupa yang kusut masai, anak-anak comot dan rumah macam tongkang pecah.
Sesibuk mana pun anda, ambil masa untuk persiapkan diri tatkala menyambut kepulangan suami. Hadiahkan dia senyuman, pakai wangian ke. Kalau dia bermasam pun, anda dapat pahala. Senyum tu kan sedekah.
Pakailah wangian sebelum menyambut kepulangan suami. Stress suami boleh hilang jika terbau wangi-wangian terutama jika wangian tu datang dari isterinya.
#4 – Layan suami bagai raja
Kebanyakan suami suka jika isterinya membantu mengelap peluhnya, menyediakan keperluannya untuk mandi, sediakan makannya, urut belakangnya, picit kepalanya. Buatlah macam tu supaya hilang penat suami.
Bukankah itu sebahagian dari tanggungjawab seorang isteri.
Ingat, isteri juga memainkan peranan besar dalam kekukuhan rumahtangga
#5 – Hargai setiap pemberian suami
Kadang-kadang suami suka dipuji.
Hargai setiap pemberiannya walaupun tak seberapa. Ucapan ‘terima kasih’ sudah cukup bermakna buat suami.
Kalau tak suka dengan pemberiannya, bagitau suami “terima kasih bang, baju ni cantik. Kalau abg beli lagi, beli kaler merah pulak ye”.
Suami faham maksudnya, asalkan anda tak buat dia tersinggung.
Terima seadanya dan bersyukur jika diberi lebih.
Dapat suami yang baik tu juga rezeki tau.
#6 – Teman suami makan
Jika suami anda balik lewat, tunggulah dia balik dulu atau masak lewat sikit. Dapatlah anda makan bersama.
Jangan dibiarkan suami makan berseorangan, kesian dia rasa macam bujang walaupun dah ada isteri.
Kalau dah makan pun, temankan saja dia makan dan sediakan apa saja keperluan makannya.
Ajaklah suami bersembang lepas makan. Mungkin dia perlukan teman bersembang. Kalau suami malas atau penat, temankan saja sampai dia rasa nak masuk tidur
===
Mungkin ada yang kurang selesa nak amalkan tips-tips ni pada mulanya. Jangan risau, perubahan tu memang makan masa jugak kan. Lama-lama nanti anda dah biasa dan terbiasa.
Ikut mana yang anda selesa, tiada paksaan untuk ikut semua.
Kukuhkan institusi kekeluargaan bermula dari rumah.
Ingat wahai isteri syurga anda di bawah tapak kaki suami.
Aikk ?
Cite untuk bahagian isteri je ke ? Bahagian suami mana ?
Untuk bahagian suami pula akan saya kongsi di entri seterusnya ya.
Tag :
Rahsia Suami Isteri
0 Komen untuk "ERATKAN HUBUNGAN BERSAMA SUAMI DENGAN 6 TIPS INI"