SELAMAT DATANG

Pengedar Sah Produk Kesihatan & Kecantikan

DISCLAIMER/PENAFIAN

Keberkesanan produk ini bergantung kepada kesesuaian individu. Setiap hasil dari penggunaan adalah berbeza bagi setiap individu. Produk-produk ini akan memberi kesan terbaik sekiranya pengguna mengamalkan dengan cara betul berdasarkan banyak testimoni yang diperolehi. Kita berikhtiar, tuhan yang menyembuhkan.

Product effectiveness & result may be vary depend on each individual. These products would give the best result if the user practise it with the correct way based on testimonials acquired.

INI CARA YANG SEBENAR UNTUK JAGA PERFUME AGAR TAHAN LAMA





Siapa kata perfume tak perlukan penjagaan ?
Perlu jugak sebenarnya untuk menjaga kualiti perfume tersebut agar lebih tahan lama dan bau wangi masih maintain macam baru beli. Lagi-lagi untuk perfume mahal-mahal tu.
Beli beratus-ratus takkan nak biar tak terjaga pulak. Beli memahal tapi kalau tak pandai jaga, tak ke menangis nanti....hehe.

Kredit : perfumenotes.ie

Ada beberapa cara penting untuk menjaga perfume supaya kekal wangi dan tahan lama macam first time beli dulu.

1. Suhu
Untuk membuatkan perfume yang anda beli tu tahan lebih lama, disarankan supaya perfume itu tidak terdedah kepada cahaya matahari. Selain rosak, ia akan lebih cepat tersejat. Bila perfume tersejat dengan cepat, maka cepatlah habis.
Perfume anda kemungkinan tak sampai jangka hayat yang sepatutnya

2. Tempat
Tempat yang sesuai untuk perfume adalah tempat yang gelap dan kedap udara. Sebabnya ? Suasana gelap dan kedap sesuai untuk menjaga kualiti isipadu dan bau perfume agar tidak mudah terjejas. Contoh, anda boeh simpan dalam laci. almari ataupun dalam kotak perfume tu sendiri.

3. Cara Pakai
Ada beza ke ?
Ya. Tak dinafikan cara pemakaian perfume mempengaruhi. Ada beberapa cara pemakaian yang betul.
Anda boleh semburkan pada bahagian badan sahaja. Sebab fabrik pada pakaian akan menyerap peluh dan ianya bila bercampur dengan perfume maka boleh menjejaskan bau perfume tu sendiri.
Digalakkan sembur pada bahagian yang mempunyai aliran darah yang baik. Contohnya nadi, belakang telinga dan belakang lutut.

Apa yang penting, carilah perfume yang sesuai dengan keperluan dan citarasa anda. Zaman sekarang ni ramai orang dah mula guna perfume yang hampir 100% pati. Maknanya, perfume yang hampir pure tanpa alkohol. B
Boleh tengok sini untuk contoh


Boleh anda luangkan masa 5 saat untuk share entri ni ?
Supaya lagi ramai yang mendapat manfaat.

0 Komen untuk " INI CARA YANG SEBENAR UNTUK JAGA PERFUME AGAR TAHAN LAMA"

Baju Muslimah Kanak-kanak
Back To Top