SELAMAT DATANG

Pengedar Sah Produk Kesihatan & Kecantikan

DISCLAIMER/PENAFIAN

Keberkesanan produk ini bergantung kepada kesesuaian individu. Setiap hasil dari penggunaan adalah berbeza bagi setiap individu. Produk-produk ini akan memberi kesan terbaik sekiranya pengguna mengamalkan dengan cara betul berdasarkan banyak testimoni yang diperolehi. Kita berikhtiar, tuhan yang menyembuhkan.

Product effectiveness & result may be vary depend on each individual. These products would give the best result if the user practise it with the correct way based on testimonials acquired.

CARA MUDAH BUANG TOKSIN DALAM BADAN YANG RAMAI ORANG TAK TAHU.


Antara sebab kenapa badan kita selalu letih, lesu dan tak bermaya adalah berpunca dariapada kehadiran toksin dalam badan.
Secara fisiologinya, badan manusia memproses bahan buangan melalui buah pinggang, hati, saluran usus dan juga kulit iaitu yang dinamakan proses perkumuhan.
Kebaikan membuang toksin atau detox ini sememangnya bagus sekiranya anda mengamalkan diet untuk menurunkan berat badan. Membantu badan anda menyerap nutrien dengan efisien sekiranya anda mengamalkan supplemen, vitamin atau makanan tambahan yang seumpamanya
Membuang toksin dalam badan juga penting supaya badan anda dapat berfungsi dengan baik. Jika tidak, mungkin akan menyebabkan masalah lain yang anda sendiri tak jangka contohnya masalah berkaitan saluran usus, buah pinggang dan hati.




Jom kita baca antara resipi minuman detox yang anda sendiri boleh buat dan amalkan di rumah.


1. Epal dan Kayu Manis
Epal dan kayu manis sememangnya bagus untuk memudahkan proses penurunan berat badan. Cara menyediakannya pun cukup mudah.
Hiriskan sebiji dua epal kepada hirisan kecil dan campurkan bersama kayu manis dalam satu jag air. Boleh gunakan samada batang atau serbuk kayu manis ikut citarasa masing-masing. Kalau anda tak suka kayu manis, boleh gantikan dengan halia  
Kemudian sejukkan dalam peti selama 1 jam dan sedia untuk diminum especially selepas makan yang berat-berat.
Kalau air dah habis, boleh top up untuk 4 kali guna.

2. Halia dan Lemon
Kandungan halia yang bersifat melawan penyakit dan lemon yang antioksidan cukup sesuai untuk membuang toksin dalam badan.
Perah sebiji jus lemon dan campurkan dengan 1 inci hirisan halia. Seeloknya, gunakan halia yang asli berbanding serbuk kerana halia asli boleh digunakan semula dan lebih pure orang kata.

3. Lemon dan Limau Nipis
Gabungan minuman ini bukan sahaja membuang toksin, malah juga membantu meningkatkan kadar metabolisma seseorang.
Ambil ½ hirisan lemon dan limau nipis. Perah dan campurkan buah bersama dalam jag berisi air kemudian sejukkan selama 2 jam sebelum sedia untuk diminum. Yang ni boleh sekali guna sahaja, dah habis kena buat baru.

4. Tembikai dan Strawberi
Sifat tembikai yang memberi hidrasi badan dan strawberi yang mencantikkan kulit antara gabungan yang bagus untuk kulit.
Caranya mudah, kisarkan ¼ biji tembikai dan beberapa biji strawberi. Kisar tanpa gunakan air sebab tembikai sendiri mengandungi air. Kemudian sejukkan dalam 4 jam. Sesuai diminum selepas makan.

5. Lidah Buaya dan Jus Lemon
Kisarkan lidah buaya dan jus lemon bersama sedikit air dan beberapa kiub ais. Hidangkan dan sedia untuk diminum.
Kandungan lemon yang bagus untuk antioksidan dan lidah buaya yang bagus untuk tenaga supaya tidak mudah letih dan lesu.

6. Limau Nipis, Timun dan Daun Pudina
Hiriskan timun, limau nipis dan daun pudina dan campurkannya dalam sebekas air. Kemudian sejukkan. Campuran air ini mampu membersihkan buah pinggang.  
Elakkan simpan lama-lama, tukar baru selepas 24 jam.

7. Cuka Epal dan Kayu Manis
Kandungan cuka epal sememangnya bagus untuk saluran usus dan kayu manis untuk mengawal selera makan. Campurkan keduanya dalam sejag air dan sejukkan. Jika suka, boleh tambahkan hirisan epal dan sedikit lemon.

8. Kiwi dan Strawberi
Sejukkan campuran buah kiwi dan strawberi dalam sejag air. Sejukkan dalam 4 jam dan minum setiap pagi untuk membuang toksin dan mencantikkan kulit.


Anda boleh gabungkan antara buah yang tersenarai ini ikut kesuaian anda. Juga boleh gunakan satu, dua atau tiga jenis buah sahaja untuk minuman detox ini bergantung pada selera dan keperluan anda.
Apa yang penting, kawal apa yang anda makan dan selera makan anda sebaiknya.

Saya izinkan anda share sekiranya entri ini bermanfaat untuk dikongsi.
Ambil masa 5 saat je.
0 Komen untuk "CARA MUDAH BUANG TOKSIN DALAM BADAN YANG RAMAI ORANG TAK TAHU."

Baju Muslimah Kanak-kanak
Back To Top