Sini sy kongsikan beberapa tips utk 'boost' anda punye metabolisme.
Ape tu metabolisme ?
Ringkasnya, metabolisme bermaksud keupayaan tubuh membakar sejumlah tenaga utk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yg asas.
Setiap pergerakan badan memerlukan tenaga dan dari situ metabolisme berlaku. Setiap org berbeza tahap metabolisme bergantung pd jumlah otot dan lemak dalam badan seseorang.
===
Nak tau caranya ??
Teruskan membaca
1. Minum air secukupnya
Teori 8 gelas air sehari ternyata benar kerana pakar berpendapat, air boleh membantu badan berfungsi secara optimum. Pastikan minum air yg berkhasiat ye..mcm air buah, air putih kalau air zam-zam lg terbaik 😃
2. Makan secukupnya
Makanan penting utk membantu badan bekerja dgn lebih efisien. Seeloknya makan sekerap 4 - 5 kali sehari dan waktu yg sesuai ialah pukul 7pg, 10pg, 12tgh, 4ptg dan 8mlm. Tapi jgn pula makan berlebihan, makanlah dalam kuantiti yg kecil tp kerap. Anda takkan berasa terlalu lapar atau terlalu kenyang. Amalkan juga prinsip 'makan sebelum lapar, berenti sebelum kenyang'.
3. Tidur juga kena cukup
6 - 7 jam setiap malam adalah jumlah tidur yg mencukupi utk org dewasa. Kurang tidur boleh mangganggu kebolehan badan utk membakar kalori. Cuba kekalkan rutin sihat cthnya tidur sebelum pukul 12mlm dan bangun pd 6pg.
Susah bangun? Setlah alarm, fon canggih2 tp xboleh set alarm baik campak laut je.
4. Makanan pedas
Kepada yg gemar makanan pedas berapi, ini berita baik utk anda. Menurut kajian, kandungan kapsaicin dalam makanan pedas atau bercili mampu membakar kalori selama 30 minit. 😵 Lama tuu.
5. Lakukan weight training'
Weight training khususnya membina otot, dapat meningkatkan metabolisme sebanyak 40%. 1 kilo otot mampu membakar 70 - 100 kalori berbanding lemak yg cuma membakar 10 - 20 kalori shj. Disarankan menggunakan pemberat yg rendah dan fokuskan pd ulangan yg banyak sampai otot anda terasa panas dan letih. Cara ini juga dpt membina otot anda, nampak sado sikit...hehe
6. Kerapkan 'Outing'
Kajian mendapati bahawa terperuk lama dalam suasana gelap dan tertutup adalah sama seperti tidur dan tambah kilo. Waktu terbaik utk keluar adalah antara pukul 7pg - 9pg dan 5ptg - 7ptg. Kerana waktu2 ini, sinaran UV pd tahap rendah dan sesuai utk anda menikmati udara segar.
7. Kurangkan tekanan
Tahukah anda kortisol akan dibebaskan ketika anda stress ? Kortisol ni sejenis hormon yg menyimpan lemak utk kegunaan emergency. Jadi kurangkannya dgn banyakkan rehat, relaks dan tenangkan fikiran. Cuba teknik terapi seperti meditasi, taichi, dsb.
8. Suplemen
Pengambilan suplemen mcm Vitamin C & Kalsium juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah kawan baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu badan menyerap mineral tersebut.
9. Teh Hijau
Gantikan cawan kopi atau teh tarik dgn teh hijau. Teh hijau mengandungi polifenol yg dapat meningkatkan kadar metabolisme. Cuma minum 4 atau 5 cawan sehari je utk lihat kesannya. Senang kan ? 😄
===
Semoga tips ni memberi manfaat kpd mereka yg berazam nak kuruskan badan tahun 2017 nih..hehe
Utk kesan yg lebih cepat dan menjadi, cuba gabungkan tips2 di atas dgn produk slimming. Contoh yg ada kt pasaran skrg ialah produk Smart Gel yg membantu mencairkan lemak degil dari luaran.
Nak lebih info ttg Smart Gel ?
SHARE jika bermanfaat
Tag :
Cara Kuruskan Badan
0 Komen untuk "9 TIPS MENCANAKKAN METABOLISME"