Dengar je jerawat, mesti ramai yang ngeri dengan kesakitannya. Bila ianya sukar untuk dirawat, makin membesar dan membengkak pula jerawat tu. Ingatkan bila dah picit keluar isi jerawat tu makin baik, rupanya tidak. Kadang-kadang boleh mengakibatkan parut yang mencacatkan penampilan dan memalukan.
Kebanyakan parut jerawat akan pudar dengan sendirinya selepas beberapa bulan, namun ada perkara tertentu yang boleh anda lakukan untuk membantu mempercepatkan prosesnya
Anda hanya perlu mencari kaedah yang betul dan sesuai untuk jenis kulit anda.
1. Jus Lemon
Hanya campurkan jus lemon dan air dalam sukatan yang sama banyak dan sapukannya ke atas parut anda. Insyaallah jus lemon ini mempunyai ciri-ciri peluntur kulit semula jadi dan boleh membantu menghilangkan parut jerawat anda dengan berkesan..
Basuh kesan jus lemon selepas 15 hingga 20 minit dan tidak digalakkan untuk membiarkannya terlalu lama pada parut jerawat kerana jus lemon mempunyai nilai pH 2, sedangkan pH kulit ialah di antara 4.0 hingga 7.0. Jika ditinggalkan terlalu lama atau tidak dicairkan, ia boleh membawa kepada kesan melecur akibat kandungan asid pada jus lemon tersebut.
Seeloknya, lembapkan kulit muka dengan segera selepas membasuh bahagian yang disapu jus tersebut kerana asid sitrik dalam lemon boleh mengeringkan kulit. JJus limau nipis yang mengandungi asid sitrik boleh juga digunakan untuk menggantikan lemon tetapi dalam jumlah yang amat sedikit.
2. Baking Soda
Anda juga boleh menggunakan campuran baking soda dan air untuk disapu ke kawasan kulit yang berparut. Ia bertujuan untuk mengelupaskan kulit dan menghilangkan parut jerawat
Sapukan campuran ini ke seluruh muka anda dan buat gerakan membulat secara lembut untuk menggosok pada kulit dan biarkan ia selama 10 - 15 minit. Kemudian bilas bersih dengan air suam dan lapkan kulit sehingga kering.
Ini bukanlah kaedah yang disyorkan untuk rawatan dan untuk menghilangkan parut jerawat atau jerawat yang sedang tumbuh. pH baking soda ialah 7.0 yang mana ia terlalu neutral untuk pH kulit. pH kulit yang optimum ialah di antara 4.7 dan 5.5 yang merupakan persekitaran tidak sesuai untuk p. acne (bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan kebanyakan jerawat).
Dengan meninggikan pH ke paras yang lebih neutral, p. acne akan dapat hidup lebih lama dan menyebabkan lebih banyak jangkitan dan radangan
3. Kiub Ais
Ais ialah bahan yang paling mudah yang boleh membantu memudarkan parut jerawat. Ia melegakan radangan kulit dan mengurangkan kemerahan. Hanya balut seketul kiub ais dengan kain atau sehelai tuala kertas yang bersih dan letakkan pada kulit yang berparut selama satu atau dua minit, sehingga kawasan itu mula merasa kebas.
Anda juga boleh membekukan sedikit teh hijau yang pekat di dalam dulang kiub ais dan gunakan hasilnya pada parut jerawat. Teh hijau mempunyai ciri-ciri anti keradangan yang melengkapkan kesan penyejukan ais.
Ubat gigi juga menjadi alternatif sekiranya anda ada kemudaratan untuk menggunakan ais
4. Madu Lebah
Madu ialah bahan semula jadi yang amat bagus untuk menghilangkan jerawat dan mengurangkan kesan merah yang ditinggalkan. Ini kerana madu mengandungi ciri-ciri anti bakteria dan membantu melegakan kulit dan mengurangkan keradangan.
Madu mentah adalah yang paling berkesan. Ia boleh disapukan terus ke bahagian kulit berparut, menggunakan putik kapas. Madu ialah pilihan yang bagus bagi mereka yang berkulit sensitif kerana madu tidak merengsakan kulit dan akan melembapkan kulit anda dan tidak mengeringkannya, tidak seperti jenis rawatan yang lain.
Anda juga boleh mencampurkan secubit serbuk mutiara ke dalam madu untuk kesan yang lebih baik (boleh didapati daripada kedai-kedai jamu atau dalam talian). Serbuk mutiara dikatakan boleh mengurangkan keradangan kulit dan memudarkan parut jerawat
5. Lidah Buaya (Aloe Vera)
Pokok Lidah Buaya atau aloe vera ialah bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk melegakan banyak jenis kesakitan, seperti luka melecur, luka berdarah mahupun parut jerawat.
Anda boleh memilih samada untuk membeli produk yang siap di kedai ubat tetapi yang paling baik dilakukan ialah membeli pokok lidah buaya dan gunakan cecair dari daunnya yang patah. Cecair seperti gel ini boleh disapu terus ke atas parut dan tidak perlu dibersihkan
Lidah Buaya membantu meremajakan dan melembapkan kulit juga menggalakkan parut jerawat untuk pudar. Untuk rawatan parut yang lebih intensif, anda boleh campurkan setitis dua minyak tea tree ke dalam campuran lidah buaya sebelum menyapunya ke muka supaya kulit kelihatan licin.
6. Gaharu
"sudah gaharu cendana pula, sudah...." Eh macam pantun pula...hehe
Ini pula menggunakan gaharu sebagai bahan untuk memudarkan jerawat. Caranya dengan mencampurkan satu sudu besar serbuk kayu gaharu dengan beberapa titik air ros atau susu untuk membentuk pes. Sapukan pes ini pada bahagian berparut dan biarkan lebih kurang 30 minit sebelum membilasnya
Kayu gaharu terkenal dengan ciri-ciri penyembuhan kulit dan adalah mudah untuk menyediakannya dalam bentuk pes di rumah. . Ulangi proses ini setiap hari sehingga parut anda hilang.
Anda juga boleh mencampurkan serbuk gaharu dengan sedikit madu dan gunakannya sebagai alternatif untuk rawatan setempat pada setiap parut.
7. Cuka Epal
Cuka epal membantu menangani masalah pH kulit anda, membaik pulih penampilan kulit selepas beberapa waktu dan membantu mengurangkan kesan merah dan parut.
Caranya, cairkan cuka kepada setengah kepekatannya dengan air dan sapukan pada kawasan kulit yang berparut setiap hari menggunakan cotton ball sehingga parut mula pudar.
Apapun jerawat boleh dicegah dan dirawat dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat. Sesetengah orang ada alahan dan pantang, jadi bila tersalah makan, mungkin menyebabkan jerawat naik kembali
Kongsikan entri ini boleh ?
Supaya ramai lagi orang yang akan mendapat manfaat.
Supaya ramai lagi orang yang akan mendapat manfaat.
0 Komen untuk "CARA BAJET HILANGKAN JERAWAT ANDA.YANG NO.3 TU PALING JIMAT"