Bangun pagi je pergi basuh muka. Tengok-tengok muka berminyak, berbintik hitam dan menggerutu. Basuh banyak kali dengan pencuci muka pun takmau hilang jugak kesan bintik dan menggerutu tu.
Sesiapa sahaja mengimpikan wajah dan kulit yang cantik terutamanya wanita tak kira samada yang muda mahupun yang berusia. Kulit yang cantik lagi berseri sangat menaikkan keyakinan diri seseorang untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja tanpa sebarang keraguan.
Saya nak kongsikan dengan anda 7 bahan rahsia untuk mendapatkan muka flawless yang ramai wanita tak tahu
Antara cara yang lebih efisien dan menjimatkan of course dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.
1. Tomato
Kandungan vitamin A didalam tomato dipercayai dapat mencantikkan kulit muka agar berseri. Cara mencantikkan kulit muka dengan tomato pun cukup mudah
Belahkan tomato kepada dua bahagian, kemudian sapukan tomato yang telah dibelah itu ke muka dan biarkan ia meresap selama 15 minit di muka anda.
Amalkan selalu untuk perubahan yang memberansangkan. Seeloknya sebelum tidur.
2. Air Putih
Badan manusia sangat memerlukan air yang bersih untuk menghindarkan diri dari mengalami dehidrasi dan menggantikan air yang telah keluar dari badan melalui proses perkumuhan.
Makanan yang menutupi saluran pemakanan kita juga boleh dibersihkan dengan air.
Pakar menyarankan untuk minum air yang badan kita perlukan sekurang-kurangnnya 2 liter sehari untuk mengelakkan kulit dari kering dan tak bermaya. Dengan mengamalkan minum air putih ini sahaja kulit anda akan menjadi lebih anjal,segar dan kelihatan lebih cerah.
3. Air Beras
Air bilasan selepas mencuci beras jangan di buang. Ambil air bilasan tadi dan asingkannya di dalam sebuah bekas cth baldi atau besen.
Air beras ni nak buat apa pulak ?
Tadi cakap nak kulit flawless kan ? Jadi inilah salah satu caranya.
Caranya agak senang. Ambil air bilasan tadi dan amalkan berendam dalam air bilasan beras selama 15-20 minit setiap hari. Kalau anda nak tahu, air bilasan beras ni mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan.
Air bilasan beras dikatakan mampu haluskan dan putihkan kulit. Cubalah berendam dulu, barulah boleh nampak kulit beransur cerah.
4. Limau Nipis
Limau nipis ini mempunyai pelbagai kebaikan. Namun ramai yang tak tahu salah satu kebaikan limau nipis ni ialah termasuklah untuk mencerahkan kulit dan menghilangkan jerawat.
Cara cerahkan kulit dengan limau nipis ini mudah sahaja, hiriskan beberapa biji limau nipis dan rendamkan selama 40 minit di dalam baldi, kemudian mandi lah dengan air rendaman ini. Selain untuk putihkan kulit ia juga bantu untuk harumkan badan tau.
Untuk hilangkan jerawat pula, ambil lebihan limau nipis yang telah diperah jusnya. Kemudian sapukan pada kawasan yang berjererawat tu.
5. Masker Beras Pulut
Masker beras pulut ni macam mana pulak ? Banyak bahan yang berasaskan beras ye.
Jenis masker jugak. Boleh pilih samada nak beli kat kedai (kalau ada) atau nak buat sendiri. Untuk beras pulut ini, caranya gorengkan beras pulut sehingga kekuningan. Seeloknya goreng tanpa minyak.
Lepas goreng tu, tumbuk ataupun kisar sampai jadi macam serbuk. Kemudian bancuh dengan air putih dan gaulkan sampai sebati. Jangan digoreng pulak ye….hehe.
Dah siap tu apa lagi, sapukan pada muka dan badan. Biarkan sampai kering kemudian bilas dengan air bersih.
6. Yogurt
Selain digunakan dalam diet dan masakan, yogurt juga boleh digunakan untuk tujuan mencerahkan kulit.
Caranya ialah dengan lumurkan yogurt asli pada muka dan leher, kemudian biarkan sampai kering sebelum anda bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu untuk kesan yang optimum.
7. Betik
Selain sedap dimakan, buah betik juga dipercayai kerana khasiatnya yang berupaya mencerahkan dan menghaluskan kulit.
Caranya ialah dengan mengambil buah betik yang masak dan kisarkan ataupun lumutkan menjadi halus. Gunakan kisaran betik tadi untuk disapukan pada wajah dan biarkan kering selama 15 minit. Lepas kering, bilas dengan air bersih.
Ingat, bahan-bahan rahsia ni takkan menjadi kalau anda sendiri tak amalkan. Amalkan secara konsisten dan untuk dapatkan kesannya. Tak ada bahan atau produk magik untuk dapatkan kulit muka yang cantik tau melainkan anda sendiri berusaha untuk menjaganya dengan rapi.
Anda juga boleh menggunakan produk kecantikan muka sebagai tambahan untuk penjagaan kulit muka anda. Itupun kalau anda nak cara yang lebih senanglah….hehe.
Boleh tekan sini
Tag :
Tips Penjagaan Mata
0 Komen untuk "7 BAHAN RAHSIA UNTUK MUKA FLAWLESS YANG RAMAI WANITA TAK TAHU"