Mesti anda pernah alami situasi macam ni setiap kali berpuasa ?
“Ari ni klu dapat makan mee udang mmg sedap nih. Sluurppp”
“Fuh..mcm sedap roti john ni. Beli 5 baru cukup nih”
Inilah yang dinamakan nafsu.
Bulan puasa ialah bulan menahan nafsu.
Bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, tetapi ‘menahan’ diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit sampai tenggelam matahari.
Dan sikap sebegini sememangnya tak bagus, bukan saja pada kesihatan anda, malah pada kesihatan poket anda pun tak bagus jugak. Masa tengah lapar memanglah ‘keinginan’ makan tu tinggi.
Tapi sekali dah jamah, Mak Jemah pun tergelak dengan sikap anda ni...hehe. Acah-acah lapar giler beli roti john sampai 5, baru je makan 1 dah termengah mintak nyawa.
Acah-acah haus sampai beli air sebaldi, baru seteguk dah nak simpan esok buat mandi.
Jom baca tips berguna kat bawah ni. Supaya anda tak dibelenggu nafsu makan dan nafsu berbelanja sepanjang bulan puasa nih.
1. Makan setiap 3-4 jam!
Ini adalah tip mengatasi nafsu makan yang paling penting. Kenapa? Sekiranya anda makan dengan kerap, nafsu makan tiada chance untuk bergelora
2. Minum air sepanjang hari.
Secara semulajadi, air dapat mengurangkan selera anda untuk makanan bergula. Also, air tidak mengandungi apa2 kalori – jadi tak kira banyak mana anda minum, ia tidak dapat meningkatkan berat badan anda!
3. Senaman memang berkesan.
Senaman mengeluarkan endorphins yang dapat suppress selera makan anda. Aktiviti senaman juga umpama reminder kepada komitmen anda untuk stay in shape.
4. Adakah anda stress?
Stress atau tekanan hidup memainkan peranan besar dalam mempengaruhi nafsu makan. Ramai sering mencari makanan ketika stress. My advice: carilah hobby alternatif yang bole berperanan sebagai stress buster! Lawan stress …jangan layan!
5. Elakkan gula substitute
Walaupun artificial sweeteners tidak mengandungi apa2 kalori, ia sebenarnya boleh meningkatkan keinginan anda untuk gula biasa. Jadi berhati-hati.
6. Adakah anda bosan?
Perasaan bosan biasanya punca nafsu makan yang tidak terkawal. So jangan biarkan hidup anda bosan hahah … sertai aktiviti-aktiviti yang anda gemari. Tidak semestinya bersukan atau bersenam. Buatlah apa yang mengembirakan anda. Yang pasti, tiada sesiapa suka kehidupan yang membosankan!
7. Adalah anda cukup tidur?
Terdapat satu kajian mengatkan bahawa kurang tidur meningkatkan nafsu makansan bergula seseorang. Betul ataupun tidak, ia adalah satu lagi sebab untuk pastikan anda memenuhi tidur lapan jam sehari.
8. Buah Epal
Sebiji epal besar mengandungi 5g serat (fiber). Also, gula buah-buahan seperti epal tidak mempengaruhi blood sugar levels seperti gula biasa .. and sekiranya anda mempunyai pilihan, pilihlah epal hijau kerana ia kurang gula berbanding epal merah.
9. Kosongkan peti sejuk.
Ketahuilah trigger nafsu makan anda. Sekiranya anda gemar coklat, jangan penuhi peti sejuk anda dengan pemangkin nafsu anda. Buang apa yang tidak membantu dan hanya simpan makanan di rumah yang “baik” untuk anda.
10. Tunggu!
Yup kadang-kadang anda hanya perlu menunggu dan nafsu makan dan beredar. Macam pada bulan puasa di mana nafsu makan datang dan hilang sepanjang hari.
Sumber : Kevin Zahri
Dah baca sampai habis ?
Tahniah.
Anda memang sukakan perubahan dan menjaga kesihatan.
Bulan puasa ni memang bulan yang sesuai untuk kawal segalanya. Kawal merokok, kawal berat badan, kawal nafsu makan dan kawal nafsu dengan isteri....huhuhu.
Manfaaatkanlah bulan puasa ni sebaiknya ye. Tak mustahil walaupun sebulan. Anything can happen.
Ingat.
Tak semestinya anda kena anggap bulan puasa je masa yang sesuai untuk buat semua ni. Bulan-bulan lain pun boleh asalkan anda jaga tahap kesihatan anda dengan baik.
Nak Share ?
Silakan...mudah-mudahan ramai orang mendapat manfaat dan kebaikan dari tindakan anda tu.
0 Komen untuk "TIPS KAWAL NAFSU MAKAN SEPANJANG BULAN PUASA. "