Selalu sangat kita dengar dan baca tips untuk kuruskan badan. Mari kita baca pula tips untuk naikkan berat badan.
Menambah berat badan semestinya agak sukar bagi sesetengah orang.
Maklumlah manusia ni macam-macam ragam dan masalahnya.
Di bawah ini adalah 4 contoh simple yang anda boleh amalkan mulai sekarang.
===
#1. Kira keperluan kalori seharian anda atau DCR.
Kira Daily Calorie Requirement anda bergantung kepada umur, jantina, berat, tinggi dan kadar aktiviti seharian.
Anda boleh google laman web Nutrition Data atau ikut pengiraan ebook saya.
Katakanlah ia 1,800kcal sehari.
Kita guna angka tersebut untuk langkah seterusnya.
#2. Catat pelan pemakanan am anda.
Senaraikan makanan dan minuman yang anda biasa makan dalam sehari dan cuba catatkan kalori untuk setiap perkara. Anda boleh gunakan laman web, aplikasi telefon atau rujuk kepada fakta nutrisi pada packaging produk-produk tersebut.
Pastikan jumlah kalori seharian anda TIDAK kurang daripada DCR anda atau untuk contoh di sini, 1,800kcal. Ini dinamakan kalori surplus.
#3. Gunakan suplemen penambah berat (weight gainer)
Untuk menambah jumlah pengambilan kalori anda setiap hari. Ini tidak wajib tapi kalau anda malas atau sukar untuk sediakan makanan, suplemen weight gainer ini dapat membantu.
Ingat: suplement weight gain itu cumalah makanan.
Ia tidak mengandungi apa2 ramuan ajaib untuk menambah berat badan begitu sahaja.
#4. Angkat berat atau weight training.
Tak kira lelaki mahupun perempuan, anda wajib melakukan senaman rintangan, beban atau weight training untuk menggalakkan tumbesaran otot. Inilah dimana ramai yang ingin tambah berat badan gagal.
Untuk panduan senaman angkat berat, bolehlah rujuk kepada ribuan video di YouTube atau kalau anda mampu, cuba dapatkan panduan 1-2 sessi daripada jurulatih peribadi.
Yang penting anda tahu cara yang betul, kalau tidak memang masa yang anda luangkan di gym memang sia-sia.
Ingat: Kalau anda ke gym sekalipun, pastikan anda pandai execute senaman-senaman tersebut supaya dapat kualiti dan kesan yang diingini.
===
Berapa lama untuk tambah berat badan?
Kisah kejayaan untuk inspirasi: Yusri berjaya tambah berat 18kg dalam 18 bulan.
Kalau dibandingkan dengan proses kurangkan berat, tambah berat memang lebih lama kerana tiada senaman yang “tambah kalori”.
Tapi katakanlah anda berjaya sekalipun, jangan berhenti mengamalkan langkah-langkah di atas, terutamanya jangan berhenti bersenam.
Sumber : Kevin Zahri
Tag :
Cara Naikkan Berat Badan
0 Komen untuk "BACA 4 TIPS SIMPLE NI UNTUK NAIKKAN BERAT BADAN"