Ramai betul yang cari cara dan tips yang betul berkesan untuk turunkan berat badan.
Tapi tak ramai yang tahu cara nak naikkan berat badan pulak..
Ada yang cakap “Eleh..senang je nak naikkan berat badan, makan jelah banyak-banyak”
Kalau silap makan boleh bawak penyakit tau…
Kena ingat jugak tu.
Tak semua makanan kita boleh bedal sesuka hati.
Silap-silap naik lemak keliling badan dan mengundang pelbagai penyakit.
Ternyata nak naikkan berat badan agak susah dan memakan masa berbanding nak turunkan berat. Terutama yang nak naikkan otot.
Bukan lelaki je yang ada masalah macam ni, wanita pun tak dapat lari dari masalah kurang berat badan ni. Lelaki yang masih bujang memang kurus melidi tapi lepas kahwin kembang semangkuk pulak.
Berbeza pula dengan wanita. Waktu bujang dan awal perkahwinan selalu komplen berat naik tapi bila lepas bersalin, mula komplen badan makin susut.
___
Okeylah malas nak bersembang banyak.
Baca sampai habis ye.
Nak naikkan berat badan bukan sesautu yang mudah terutama yang susah betul nak makan banyak. Ada yang makan banyak tapi berat pulak tak naik-naik, sangkut kat situ je.
Ini mungkin berkaitan dengan masalah pemakanan yang kurang berkhasiat atau masalah metabolism yang tinggi.
Ada beberapa cara yang boleh anda praktikkan sekarang
#1. Makanan Tinggi Kalori
Tukar selera makan anda kepada makanan yang tinggi kandungan kalori seperti :
- Kacang gajus, walnut, badam dan kacang tanah
- Buah-buahan kering macam kismis, kurma dan prune
- Semua jenis produk tenusu termasuk susu krim, yogurt dan keju
- Minyak yang berasaskan tumbuhan termasuk minyak zaitun, minyak bijan, minyak sayuran dan sebagainya
- Bijirin macam oat, nestum, cornflakes dan gandum
- Jenis daging putih termasuk ayam, lembu dan kambing
- Kentang, keledek dan keladi
- Segala jenis makanan berasaskan coklat.
#2. Jadual Pemakanan yang Seimbang
Asas kepada kenaikan berat badan bermula dengan kenaikan selera makan dulu. Latih diri untuk sentiasa lebihkan makan setiap hari (jangan melampau ye). Hari demi hari anda akan perasan yang kapasiti selera makan anda mmula meningkat.
Hidangan wajib yang perlu anda cuba dan amalkan ialah :
- Sarapan
- Minum pagi
- Makan tengahari
- Makan malam
- Minum petang
- Supper/Makan tengah malam (1 jam sebelum tidur)
Saranan pengambilan :
- 100 – 200 kcal untuk waktu makan sampingan
- 500 kcal untuk waktu makan utama
Ada yang cakap :
"Ehh! Senangnye jadual ? Macam pernah tengok jer"
Tapi ramai ke yang amalkan ?
Lebih senang cakap dan merancang dari bertindak dan amalkan.
#3. Minum Lebih Baik
Kalau rasa susah nak makan terutama waktu makan sampingan, boleh gantikan dengan minuman berjus dan berkrim macam jus buah, smoothie, ice-blended
Tapi untuk waktu makan utama, cuba banyakkan makan berbanding minum.
Sekurang-kurangnya ada kuah sikit dalam makanan untuk pelincir tekak, jangan dibiar kering je nanti tercekik pulak
#4. Bagi Masa
Sabar dan istiqamah.
Naikkan berat badan bukannya semudah mengira kalori je.
Perlukan masa, tenaga dan disiplin yang tinggi. Makan ikut keperluan badan masing-masing. Ingat, setiap orang berbeza keperluannya
Takde perkara yang magik dala dunia ni. Sekali makan dah boleh naik 2 – 3 kilo.
Kenaikan berat badan yang optimum adalah antara 0.5 – 1 kg setiap minggu dan proses ini akan berterusan sehingga anda mencapai berat badan ideal yang sesuai dengan umur dan ketinggian seseorang seseorang seseorang.
===
Amalkan yang bahagian ni dulu ye.
Untuk bahagian lain akan dikongsikan dalam entri seterusnya
Jom Naikkan Berat Badan
Tag :
Cara Naikkan Berat Badan
0 Komen untuk "TENGAH RUNSING MACAM MANA NAK NAIKKAN BERAT BADAN ? BACA NI UNTUK LEGAKAN RUNSING TU."