SELAMAT DATANG

Pengedar Sah Produk Kesihatan & Kecantikan

DISCLAIMER/PENAFIAN

Keberkesanan produk ini bergantung kepada kesesuaian individu. Setiap hasil dari penggunaan adalah berbeza bagi setiap individu. Produk-produk ini akan memberi kesan terbaik sekiranya pengguna mengamalkan dengan cara betul berdasarkan banyak testimoni yang diperolehi. Kita berikhtiar, tuhan yang menyembuhkan.

Product effectiveness & result may be vary depend on each individual. These products would give the best result if the user practise it with the correct way based on testimonials acquired.

ANTARA MAKANAN TAMBAH BERAT YANG ANDA WAJIB MASUKKAN DALAM DIET HARIAN (PART 1)


 



Salam,

Ade yang dapat cuti hari ni ?

Waktu cuti ni bagus kalau dapat luangkan masa dengan family kat rumah. Maklumlah kan cuti Thaipusam hari ni

Minggu lepas kita dah bincangkan tentang Cara Nak Naikkan Berat Badan
Untuk minggu ni kita akan bincangkan mengenai makanan yang perlu anda ambil  tahu dan masukkan dalam diet harian anda untuk naikkan berat badan sekurang-kurangnya 500 gram seminggu
Bila selera makan dah naik, mulalah mengidam nak makan macam-macam (dah macam orang mengandung pulak). Chicken chop la, nasi beriyani la, lobster la dan macam-macam lagi la.

Makanlah seberapa banyak yang anda mampu tapi harus diingatkan, jangan berlebihan sampai terikut sangat nafsu makan tu
Kawal peruntukan dan keperluan kalori anda supaya tidak melebihi jumlah kalori harian anda. Iyanya penting untuk menstabilkan jumlah pengambilan kalori supaya badan tak rasa terpaksa untuk serap semua nutrien dari makanan yang anda makan.


Ada pebagai kategori makanan yang anda boleh pilih mengikut selera, budaya dan bajet anda. Makanan yang berkhasiat adalah pilihan yang lebih baik dan kalau boleh pilihlah untuk memasak dan menyediakan sendiri kerana anda sendiri boleh kawal bahan-bahan yang badan anda tak perlukan.


#1. Karbohidrat

Sebut je karbohidrat mesti anda terbayangkan nasi dan roti. Ya betul, nasi merupakan sumber utama karbohidrat bagi masyarakat di Malaysia. Roti juga tidak terkecuali kerana sifatnya yang senang diperolehi di mana-mana kedai dan ianya sangat mudah disediakan.
Antara contoh makanan dari sumber karbohidrat :
  • Nasi, mee dan beras perang
  • Roti, gandum dan pizza
  • Bijirin seperti oat dan nestum
Terdapat juga karbohidrat dari sumber sayuran seperti kentang, keledek, keladi dan buah-buahan kering seperti kismis, prune dan kurma.
Cara masakan dan penyediaan bergantung pada anda samada mahu goreng, rebus, kukus mahupun bakar



#2. Protein



Protein pula berfungsi sebagai supply atau sumber utama dalam membaiki sel-sel dalam badan terutamanya otot
Protein boleh diperoleh dari 2 jenis sumber iaitu haiwan dan tumbuhan.


Antara sumber protein yang paling kerap dimakan oleh rakyat Malaysia ialah dari sumber haiwan seperti
  • Daging merah, ikan, ayam, lembu dan kambing
  • Telur dan makanan laut seperti udang, sotong dan kerang
Untuk jenis tumbuhan pula terdiri daripada ::
  • Tauhu, soya dan taufufah
  • Segala jenis kacang terutama walnut, kacang gajus dan kacang tanah
  • Segala jenis sayuran hijau terutama bayam, brokoli, kacang pis, kacang buncis (sebab tu Popeye makan bayam)…hehehe…
Kaedah memasak dan penyediaannya juga mengikut selera dan kesesuaian anda samada mahu goreng, rebus, bakar, kukus, grill, panggang (macam iklan kat TV pulak…hehe)


Jika anda seorang yang sibuk, protein bar mungkin boleh jadi alternatif. Lebih elok yang buat sendiri punya.
Kalau boleh, banyakkan pengambilan jumlah protein kerana ianya sumber utama kenaikan berat badan. Tapi mesti disusuli dengan senaman ya. Tak kisahlah apa senaman pun walaupun senaman ringan. Otot perlu bekerja dan dibaiki untuk proses pertambahan berat.


#3. Lemak

Lemak juga terdapat dalam 2 jenis. Orang cakap satu yang baik dan satu lagi tak baik.Tak semua lemak dianggap jahat dan tak semua lemak juga dianggap baik.
Okey saya terangkan dulu contoh-contoh lemak yang tak baik yang mana lemaknya sukar untuk larut dalam proses pencernaan. Jika lemak ni tak digunakan, maka ia akan tersimpan sebagai lemak tepu.


Contoh lemak ‘jahat’ :
  • Lemak haiwan seperti ayam, kambing, lembu dan unta
  • Kulit haiwan yang boleh dimakan seperti ayam, lembu, kambimg dan unta
  • Produk tenusu seperti minyak sapi, mentega, keju, susu penuh krim dan coklat
Contoh lemak ‘baik’ :
  • Minyak sawit, zaitun, bunga matahari dan segala minyak yang berasaskan tumbuhan
  • Marjerin dan santan
Walaupun lemak membekalkan sumber tenaga yang tinggi namun jumlah kalorinya juga tinggi. Jadi disarankan untuk mengehadkan jumlah pengambilannya kalau boleh dalam jumlah yang kecil.
Ingat, anda nak naikkan berat badan bukannya lemak.
===
Okeylah cukuplah 3 je untuk hari ni. Banyak-banyak nanti takut tak terhadam pulak.
Ada lagi nak dikongsikan sebenarnya tapi hadam yang ni duluu ye…
Tunggu untuk entri seterusnya ya…hehe.

Tunggu tau

0 Komen untuk "ANTARA MAKANAN TAMBAH BERAT YANG ANDA WAJIB MASUKKAN DALAM DIET HARIAN (PART 1)"

Baju Muslimah Kanak-kanak
Back To Top